
PETALING JAYA: Kasthuri Patto berkata, P Ramasamy, yang mengumumkan keluar DAP semalam, sepatutnya menghargai peluang yang diberikan parti itu dalam kerjaya politiknya.
Bekas Ahli Parlimen Batu Kawan daripada DAP itu berkata, Ramasamy, yang menyertai parti pada 2005, diberi peluang untuk bertanding di kerusi DUN Perai dan Parlimen Batu Kawan pada PRU12 (2008).
Selepas menang pada PRU12, Ramasamy dilantik sebagai timbalan ketua menteri II dan kekal memegang jawatan itu selama tiga penggal.
Peluang seperti itu diberikan kepada Ramasamy walaupun beliau muka baharu, kata Kasthuri.
“Beliau bukan siapa-siapa dalam arena politik ketika diterima menjadi ahli (DAP) pada 2005,” katanya dalam kenyataan.
Kasthuri turut mengaitkan kejayaan Ramasamy pada PRU12 dengan momentum yang didorong oleh gerakan “Makkal Sakti” Hindraf dan “tsunami…