Timbalan Presiden Bersatu membalas kenyataan P Ramasamy mengenai gelombang hijau semakin berkurang menjelang PRN.

KUALA LUMPUR: Isu sama ada sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) merosot atau sebaliknya tidak perlu dibangkit, kata Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu.
Beliau enggan mengulas berhubung pihak tidak memahami sentimen sebenar pengundi Melayu terhadap PN.
“Kalau orang bercakap berkawan dengan orang Melayu pun tidak, mana dia tahu sentimen dalam kalangan orang Melayu.
“Pandangan orang seperti itu tidak perlu diperbincangkan,” katanya memetik laporan Berita Harian.
Faizal berkata demikian ketika mengulas dakwaan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy, bahawa istilah ‘gelombang hijau’ dikaitkan dengan pengaruh PN pasca PRU15 semakin berkurangan menjelang enam PRN dijangka Ogos ini.
Memberikan lapan faktor…