Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ramlan Harun dilantik pengerusi SPR baharu

today26 June 2024

Background


Ramlan Harun sebelum ini memegang jawatan sebagai ketua setiausaha di Kementerian Pembangunan Luar bandar. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ramlan Harun dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu berkuatkuasa hari ini, kata Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.

Zuki dalam satu kenyataan memaklumkan pelantikan Ramlan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

“Pelantikan itu selaras dengan Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Ramlan berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 25 tahun dan pernah memegang beberapa jawatan di beberapa kementerian serta pentadbiran peringkat kerajaan negeri.

Beliau pemegang Ijazah Sarjana Muda Perancangan Perumahan dan Bangunan daripada Universiti Sains Malaysia dan Diploma Pentadbiran Awam di Institut Tadbir Awam Negara.

Ramlan sebelum ini memegang jawatan sebagai ketua setiausaha di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Beliau menggantikan Abdul Ghani Salleh yang bersara wajib pada Mei lalu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Phelps gesa WADA buat pembaharuan

Washington: Ikon renang Olimpik Michael Phelps dan pemenang pingat emas empat kali Allison Schmitt menggesa pembaharuan dilakukan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) selepas apa yang berlaku berhubung cara pengendalian badan global itu terhadap skandal dadah renang China 2021.

today26 June 2024