Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Rampas dadah RM1.6 juta, suami isteri antara 17 ditahan

today24 September 2023

Background


Kamarul Zaman menunjukkan dadah dirampas daripada satu sindiket dalam serbuan sekitar Johor Bahru. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Pasangan suami isteri antara 17 individu ditahan kerana dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah dalam lima serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini pada Jumaat dan semalam.

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata kesemua 12 lelaki dan tiga wanita tempatan serta dua wanita asing, berusia 17 hingga 55 tahun itu, ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor antara 3 petang, Jumaat lalu hingga 9 pagi semalam.

Beliau berkata sindiket tersebut yang dipercayai aktif sejak Julai lalu menggunakan rumah sewa sebagai stor penyimpanan, sekali gus membawa kepada rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM1.64 juta.

“Sindiket ini menggunakan beberapa rumah yang disewa di kawasan berpagar dan berpengawal sebagai stor simpanan dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan,” katanya pada sidang media di Ibu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post