
PETALING JAYA: Polis merampas rokok seludup bernilai RM1.9 juta selepas menahan sebuah lori berhampiran lampu isyarat simpang empat Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, Kota Tinggi, pagi tadi.
Ketua Polis Kota Tinggi Hussin Zamora, berkata bertindak atas maklumat diterima, polis kemudian menahan sebuah lori dipandu seorang lelaki pada 1.30 pagi.
Beliau berkata, pemeriksaan dalam lori menemui 131 kotak besar rokok putih dan 92 kotak rokok kretek disyaki tiada duti kastam.
“Nilai rampasan rokok RM1,906,100 dan bekalan rokok berkenaan dipercayai diseludup dari luar negara melalui jalan laut. Polis turut menahan pemandu lori berusia 40 tahun,” katanya dalam kenyataan.
Katanya lagi, seorang lagi lelaki tempatan berusia 20-an dipercayai tonto turut ditahan di lokasi.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan denda 10 kali ganda…