

Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas kira-kira 1,000 tan mineral kuarza mentah, 660 beg jumbo kuarza siap diproses dan pelbagai jentera pemprosesan dianggarkan bernilai RM5.16 juta dalam operasi membanteras kegiatan memproses bahan mineral secara haram di Sungai Siput, semalam.
Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Balveer Singh Mahindar Singh, berkata operasi bersepadu khazanah itu diadakan bersama Cawangan Risik Batalion 3, Briged Utara PGA dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak serta Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sungai Siput.
Beliau berkata, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 40-an dipercayai bertindak sebagai pengurus tapak serta empat lelaki warga Bangladesh berumur antara 35 hingga 43 tahun.
“Siasatan awal mendapati kilang haram itu dipercayai telah beroperasi sejak kira-kira setahun lepas dan semua tangkapan serta rampasan…