Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Rancang Tambah Anak? Ini Jawapan Che Ta & Zain Saidin

today21 June 2022

Background

Pasangan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin tidak merancang untuk menambah lagi zuriat sebaliknya mahu fokus membesarkan puteri mereka, Aaisyah Dhia Rana.

Menurut Che Ta, kesibukkan kerja membuatkan pasangan ini memilih untuk membesarkan Aaisyah yang telah memasuki lapan tahun.

“Aaisyah pun dah lapan tahun, tak payahlah. Saya pun sibuk nak tengok dia. Apa yang ada besarkanlah,” kata Che Ta.

Selain itu, Zain turut menjelaskan yang puteri mereka tidak pernah minta dan seakan tidak mahu untuk mempunyai adik.

“Dia taknak adik kot, dia pun tak minta. Pernah juga cakap dengan dia, tapi dia tak nak, dia lebih nak berkawan kot dengan baya-baya dia,” kata Zain.

Malah, Zain turut meluahkan rasa syukur biarpun dia dikurniakan seorang anak bersama Che Ta.

“Alhamdulillah syukur, janji ada orang kata dah ada rezeki dapat anak seorang pun, Alhamdulillah,” jelasnya.

Pada minggu lalu, Che Ta dan Zain telah mengadakan majlis bersanding sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang mencecah 10 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Che Ta & Zain Saidin Naik Pelamin Sempena 10 Tahun Anniversary, Kawan Baik Taja Majlis Bernilai RM100,000

Written by: Salma