Kemas kini terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyaksikan ranking dunia skuad kebangsaan Malaysia melonjak naik ke tangga ke-118 dunia.
Ia menunjukkan peningkatan sebanyak lima anak tangga dalam ranking FIFA berbanding kemas kini sebelum ini pada 18 September lalu.
Perkembangan yang semakin positif itu hadir selepas skuad kendalian Peter Cklamovski meraih dua kemenangan ke atas Laos pada aksi Kelayakan Piala Asia 2027 tempoh hari.
