Drama Kampung People yang kini bersiaran di slot Lestary TV3 menjadi salah satu drama yang hangat dibualkan netizen apabila ramai yang terhibur melihat gelagat pelakonnya.
Antara pelakon utama drama arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin itu adalah Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Riena Diana, Kamarul Eqifshah dan ramai lagi.
Jom kita baca sikit sinopsis Kampung People di bawah:
Razif (Rashidi) bekerja dengan Tuan Suhaimi yang menjual barangan yang diseludup secara haram. Ketika Razif sedang sibuk menguruskan jual beli, polis datang menyerbu tempat mereka dan ditangkap. Razif disoal siasat dan diugut dengan penjara selama 15 tahun jika tidak membuka mulut.
Razif terpaksa menjadi saksi menentang bekas bossnya, penjenayah Tuan Suhaimi di mahkamah. Razif menerima ugutan dari kumpulan Cengkih Manis dan polis meletakkan Razif dan keluarganya ke dalam Program Perlindungan Saksi agar mereka tidak dibunuh sebelum kes pendakwaan.
Keluarga Razif terpaksa menyamar dan menukar identiti mereka menjadi orang kampung. Kejadian melucukan berlaku apabila keluarga Razif cuba menyesuaikan diri dengan keadaaan di kampung.

‘Abu bila dah cleaned up’. Thank u korang support Kampung People. Really appreciate it. We r deeply humbled. U guys r d best! #KampungPeople pic.twitter.com/QMTDEroq8L
— trɑːnˈsɛnd(ə)ns (@rashidi_ishak) December 28, 2019
Lantas, perkongsian yang dimuat naik pada 28 Disember lalu itu telah meraih 1,800 retweets serta 5,100 tanda suka dengan rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi mereka di ruangan komen.
Kirim salam mona & lailerr. Lola nak ajak minum kopi dgn shopping, suruh lailerr bawak kek pandan.
— [email protected] (@leezykrauff2) December 28, 2019
https://twitter.com/shaufikahShukri/status/1210880551650877440
I nak request Kampung People ada sequel untuk PUASA, RAYA HAJI, RAYA KORBAN, THAIPUSAM, CNY SEMUA ADA!!!!
— Sab • Fever Glam Cosmetics (@SabrinaShuhaim1) December 29, 2019
Jack Furr, Jack Furr, Jack Furr… (Jaafar)
— Faizal Sufian (@faizallsufian) December 28, 2019
u guysssss natural gila berlakon yummy dengan lailer walaupun baru tak kayu langsung😂 the only kayu bibik tu je but you all did a good job. kudos to the scriptwriter bodo bodo je skrip
— cha (@chaaleesi) December 29, 2019
i is dah terjebaks. trus herets org lain ikut terjebaks samer. rabu sampai jumaat semua left the office early bcoz we dont wanna miss kampung people. good job!
— إيم حفيظ (@mh_armanee) December 29, 2019
Sumpah best sangat. Dah lama tak bergelak sakan bila tengok cerita melayu 😂
— Moon💨 (@anommMoon) December 29, 2019
Kampung people mmg terbaik bro… Hilang sikit stress keje layan cite gile2… Hahaha…. Tapi banyak betul meaning2 dalam cerita tu… Spe yang faham, faham la…
— jijol (@jijoljiji) December 29, 2019
Sumpah crack do kampung people ni, macam nak terkencing gelak jee 😂😂
— jojoy’ (@safia_adrina) December 29, 2019
Post comments (0)