Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Rasuah babit sindiket bawa masuk warga asing, 3 penguat kuasa ditahan

today30 August 2024

Background


sprm
Seorang proksi yang menjadi pemegang aset bagi pihak suspek utama ditahan SPRM, dalam siasatan berkait sindiket bawa masuk warga asing. (Gambar fail)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pegawai agensi penguat kuasa kerana dipercayai terbabit rasuah, membabitkan sindiket membawa masuk warga asing tanpa mengikut pemeriksaan sepatutnya.

Sumber memaklumkan tiga pegawai yang berkhidmat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu antara lima ditahan menerusi Ops Setting.

Perintah reman satu hingga lima hari terhadap empat suspek dikeluarkan selepas permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pagi tadi.

Ketua Pesuruhjaya Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut. Kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM.

Semalam, Azam memaklumkan SPRM mengesan lebih kurang 46 pegawai penguat kuasa disyaki terlibat sindiket membawa masuk warga asing menerusi ‘counter setting’ di KLIA.

Pegawai-pegawai itu disyaki terlibat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Peluang pelumba negara buru jersi juara keseluruhan

Kuala Lumpur: Persaingan merebut jersi juara keseluruhan (GC) Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 dilihat terbuka luas selepas halangan paling sukar adalah pendakian ke puncak Cameron Highlands pada perlumbaan Peringkat 3 sejauh 170.3 kilometer (km) bermula dari Taiping.

today30 August 2024