Presiden Cuepacs Adnan Mat berkata beliau kecewa ‘barah meminta suapan dalam sistem perkhidmatan kerajaan’ masih lagi ditegur perdana menteri.

PETALING JAYA: Cuepacs mendakwa amalan meminta komisen dalam kalangan pegawai kerajaan terus berlaku disebabkan pemberi “selesa” dan perkara itu tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Presiden Adnan Mat berkata, beliau kecewa “barah meminta suapan dalam sistem perkhidmatan kerajaan” masih lagi ditegur perdana menteri, walaupun usaha membanteras gejala itu berulang kali dilaungkan.
“Sekarang, mereka (pemberi) sendiri merasakan amat selesa jika pegawai itu minta. Itu masalahnya.
“Jika pegawai itu minta, patutnya mereka lapor terus. Masalah yang berlaku sekarang adalah jika pegawai itu minta mereka (pemberi) merasakan amat selesa malah mereka ingin perkara (rasuah) itu…