Hot FM

Ratu Elizabeth contoh baik Raja Berperlembagaan, kata Dr M



Ratu Elizabeth II dan Dr Mahathir Mohamad ketika upacara penutupan Sukan Komanwel di Kuala Lumpur pada 1998. (Gambar Reuters)

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, memberi penghormatan terhadap kemangkatan Ratu Elizabeth II sambil menggambarkan baginda sebagai “contoh baik Raja Berperlembagaan”.

Dalam ciapan di Twitter, Mahathir berkata, baginda pernah berangkat mengunjungi Malaysia sebanyak dua kali ketika beliau menjadi perdana menteri dengan mengatakan ia satu penghormatan menjadi tuan rumah ketika ratu itu berada di negara ini.

“Saya bersedih dengan kemangkatan ratu. Saya pernah berjumpa baginda dalam banyak majlis, terutama pada mesyuarat British Commonwealth.

“Kemangkatannya merupakan kehilangan bukan sahaja kepada rakyat British, malah kepada mereka yang percaya kepada keluhuran undang-undang,” kata pengerusi Pejuang itu.

Mahathir juga mengimbau ucapannya di Zimbabwe, yang disiarkan BBC pada sambutan jubli emas…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version