

Perkhidmatan disediakan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan dan hospital bawah Kementerian Kesihatan dikatakan ‘tidak berdaya’ membantu golongan gelandangan yang berdepan masalah kesihatan mental dan ketagihan dadah.
Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, Dr Andrew Mohanraj, menerangkan rawatan biasa dalam perkhidmatan kesihatan tertumpu kepada rawatan detoksifikasi, yang bermaksud rawatan akut untuk ketagihan.
“Ia tidak tertumpu kepada pemulihan yang menangani punca psikologi mengapa orang menjadi penagih pada mulanya,” katanya kepada FMT.
Mohanraj mengulas laporan mengatakan masalah mental dan ketagihan dadah antara punca utama isu gelandangan seolah-olah tidak berkesudahan, menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Ketua Pengarah Che Murad Sayang Ramjan berkata penilaian latar belakang mendapati majoriti daripada…