
KUALA LUMPUR: Penyampai berita veteran TV3, Raymond Goh masih hidup dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Petaling Jaya, menurut kenyataan keluarganya.
Menurut isterinya, Faridah Teh dan ahli keluarganya, khabar angin dan laporan kematian Goh adalah palsu.
“Kami faham dengan kejutan dan kebimbangan disebabkan khabar angin itu. Tolong abaikan mana-mana sumber yang menyebarkan maklumat tidak tepat ini.”
Kenyataan itu memaklumkan ahli keluarganya memohon kerjasama semua pihak membuang dan mengelakkan menyebar berita palsu, gambar tidak sesuai atau hantaran mengenai kematian Goh.
“Kami menggesa semua individu dan media untuk mengesahkan fakta yang ada sebelum menyebarkan sebarang berita.”
Menurut kenyataan itu, mereka akan memberikan maklumat terkini mengenai keadaan Goh menerusi kenyataan rasmi.
Ahli keluarga Goh…