
PETALING JAYA: Rayuan tiga rakyat Malaysia yang dijatuhi hukuman mati di Singapura kerana menyeludup dadah akan didengar di mahkamah rayuan republik itu pada Jumaat ini.
Datchinamurthy Kataiah, Pannir Selvam Pranthaman dan Saminathan Selvaraju antara 12 pesalah yang menunggu rayuan mereka didengar di mahkamah itu, kata Dobby Chew dari Rangkaian Asia Anti Hukuman Mati kepada FMT.
Seorang lagi rakyat Malaysia, Gobi Avedian yang disabitkan atas kesalahan dadah tetapi tidak dikenakan hukuman mati, turut membuat rayuan.
Chew berkata, rakyat Malaysia itu membuat rayuan dengan alasan surat peribadi kepada peguam bela mereka dalam beberapa kejadian disalin dan dihantar kepada Pejabat Peguam Negara tanpa pengetahuan atau kebenaran…