Hot FM

Rayuan anggota Rela tembak rakan baik ditolak, penjara 30 tahun kekal


ong chow lee
Ong Chow Lee ketika didakwa di Mahkamah Tingi Kuala Terengganu tahun lalu atas tuduhan membunuh Fong Swee Fuan di sebuah tokong Cina di Taman Raya Wakaf Tapai, Marang pada 2021. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:

Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 30 tahun terhadap anggota Rela kerana menembak mati rakan baiknya, yang juga bekas ketua Bahagian MCA Marang, di sebuah tokong di Terengganu lima tahun lalu.

Panel tiga hakim dipengerusikan Rhodzariah Bujang sebulat suara menolak rayuan Ong Chow Lee, 62, bagi mengetepikan sabitan kes bunuh yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 2 Julai 2025.

“Mahkamah mendapati rayuan perayu tidak mempunyai merit… oleh itu, rayuan ditolak,” katanya yang bersidang bersama-sama Hakim Lee Swee Seng dan Ravinthran Paramaguru.

Pada 9 Julai 2024, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun selepas Ong mengaku membunuh Fong Swee Fuan, 65, di sebuah tokong Cina di Taman Raya Wakaf Tapai, Marang antara 1.20 hingga 1.55 tengah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version