Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Rayuan bebas tuduhan rasuah Muhyiddin Februari depan

today27 September 2023

Background


Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin sebelum ini dibebaskan daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM232.5 juta untuk Bersatu. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 28 dan 29 Februari tahun depan untuk mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Muhyiddin Yassin daripada empat tuduhan rasuah berkait program Jana Wibawa.

Tarikh pendengaran itu ditetapkan ketika pengurusan kes hari ini.

Mahkamah turut mengarahkan pihak pendakwaan dan pasukan pembelaan Muhyiddin untuk memfailkan penghujahan masing-masing sebelum 26 Feb 2024.

Pada bulan lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM232.5 juta untuk Bersatu.

Hakim Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu setelah mendapati keempat-empat pertuduhan tersebut adalah kabur, cacat dan tidak berasas kerana ia tidak…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post