Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Rayuan kerajaan terhadap ganti rugi Sosma didengar 4 Mac

today27 November 2023

Background


Kerajaan merayu keputusan Mahkamah Tinggi tahun lepas yang mendapati Khairuddin Abu Hassan ditahan secara tidak sah 8 tahun lepas.

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 4 Mac tahun depan untuk mendengar rayuan kerajaan terhadap pemberian ganti rugi RM300,000 kepada pengkritik 1MDB Khairuddin Abu Hassan.

Ganti rugi itu diberikan selepas Mahkamah Tinggi memutuskan tahun lepas bahawa Khairuddin ditahan secara tidak sah bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas), atau Sosma, lapan tahun lepas.

Peguam Haniff Khatri Abdulla memberitahu pemberita, tarikh perbicaraan baharu itu ditetapkan semasa pengurusan kes hari ini.

Mahkamah Tinggi mendapati Khairuddin pertama kali ditahan pada 18 Sept 2015 kerana didakwa cuba melakukan kegiatan memudaratkan demokrasi berparlimen, satu kesalahan jenayah mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan.

Dia ditahan susulan laporan polis yang dibuat oleh individu dikenali sebagai “Mohd Faizal”.

Hakim Quay Chew Soon berkata, tiada material…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Ho Kit Yen


Previous post