
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 4 Mac tahun depan untuk mendengar rayuan kerajaan terhadap pemberian ganti rugi RM300,000 kepada pengkritik 1MDB Khairuddin Abu Hassan.
Ganti rugi itu diberikan selepas Mahkamah Tinggi memutuskan tahun lepas bahawa Khairuddin ditahan secara tidak sah bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas), atau Sosma, lapan tahun lepas.
Peguam Haniff Khatri Abdulla memberitahu pemberita, tarikh perbicaraan baharu itu ditetapkan semasa pengurusan kes hari ini.
Mahkamah Tinggi mendapati Khairuddin pertama kali ditahan pada 18 Sept 2015 kerana didakwa cuba melakukan kegiatan memudaratkan demokrasi berparlimen, satu kesalahan jenayah mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan.
Dia ditahan susulan laporan polis yang dibuat oleh individu dikenali sebagai “Mohd Faizal”.
Hakim Quay Chew Soon berkata, tiada material…
