Hot FM

Rayuan Rosmah dalam kes rasuah projek solar tangguh September


DATIN SERI ROSMAH MANSOR
Rosmah Mansor menghujah bahawa mahkamah terkhilaf apabila memutuskan tiada risiko sebenar berat sebelah, walaupun wujud dua versi penghakiman. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:

Mahkamah Rayuan menangguhkan pendengaran rayuan Rosmah Mansor terhadap sabitan kes rasuah projek solar bernilai RM1.25 bilion ke September ini, sementara menunggu pelupusan permohonan semakannya untuk membatalkan kelayakan hakim perbicaraan.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Azhahari Kamal Ramli membenarkan permohonan Rosmah untuk penangguhan dan menetapkan rayuan didengar pada 1 hingga 4 September, 8 hingga 11 September, serta 21 hingga 30 September.

Azhahari berkata mahkamah berpandukan jaminan yang sebelum ini diberikan oleh bekas Presiden Mahkamah Rayuan, Abang Iskandar Abang Hashim, bahawa rayuan Rosmah hanya akan didengar selepas prosiding berkaitan permohonannya untuk Hakim Zaini Mazlan menarik diri, selesai di Mahkamah Persekutuan.

“Kami membenarkan beliau menggunakan sepenuhnya semua saluran…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version