
KUALA LUMPUR: Pendengaran rayuan Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi di sini terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom down dikenali sebagai Bella, ditangguh ke 30 Jan depan.
Hakim Noorin Badaruddin menetapkan tarikh itu selepas peguam Haijan Omar mewakili Siti Bainun, pengasas Rumah Bonda, memohon penangguhan berikutan nota keterangan saksi pembelaan kelapan belum lengkap.
“Pihak kami mohon pendengaran hari ini ditangguhkan dan mohon satu tarikh lain bagi pengurusan kes seterusnya,” kata peguam itu.
Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad tidak membantah perkara itu.
Hakim menetapkan 7 Dis ini untuk pengurusan kes.
Ketika ditanya media selepas prosiding, sama ada dia sihat, Siti Bainun berjubah merah jambu dan dilihat semakin susut berbanding sebelum…