
SINGAPURA: Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura mengenai Pelaksanaan Penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung Batu Puteh, Batuan Tengah, dan Tubir Selatan (MSJTC) kekal menjadi platform penting bagi kedua-dua negara untuk membincangkan isu berlarutan secara konstruktif.
Menteri Luar Singapura Vivian Balakrishnan, berkata MSJTC ditubuhkan Malaysia dan Singapura susulan penghakiman ICJ untuk menyelesaikan isu dua hala berlarutan berkaitan kawasan itu, termasuk penetapan sempadan maritim.
“Semasa lawatan Perdana Menteri Lawrence Wong ke Malaysia baru-baru ini untuk Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11, para pemimpin kami menyemak dan membincangkan pelbagai isu dua hala, termasuk penetapan sempadan maritim.
“Kedua-dua perdana menteri bersetuju untuk terus membincangkan isu berlarutan secara…