
Pasukan Formula Satu (F1), Oracle Red Bull Racing mencipta sejarah baharu menerusi aksi lagak ngeri julung kali diadakan apabila jentera ikonik RB8 dipandu di atas landasan kereta api bawah tanah Madrid Metro.
Aksi berani itu dilaksanakan bagi meraikan kepulangan semula kejohanan Grand Prix Sepanyol ke Madrid selepas 45 tahun.
Misi kejuruteraan kompleks yang membawa jentera juara dunia berganda itu ke Litar MadRing menerusi laluan bawah tanah turut dirakamkan…