Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Reda Dengan Takdir & Lebih Tenang, Bella Astillah Kongsi Update Terkini

today8 August 2024

Background

Pelakon dan penyanyi sensasi, Bella Astillah berkongsi keadaan terkini selepas menjalani episod duka kemelut rumah tangganya bersama bekas suami, Aliff Aziz.

Menerusi perkongsian sepotong video pendek, Bella meluahkan rasa syukur kerana dia kini lebih bahagia menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal.

“Sebenarnya saya nak share tentang keadaan saya, inshaa-Allah sikit.

“Sekarang ni, mungkin ada yang nampak saya lebih happy bersama anak-anak, lepastu terasa lebih tenang. Alhamdulillah,” katanya.

Dalam pada itu, Bella atau nama penuhnya, Dayang Nabellah Awang Astillah menyifatkan dia kini lebih positif dan bersemangat menjalani kehidupan dan kerjaya seninya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Jadilah Lelaki Yang Baik & Menghormati Perempuan…”- Bella Astillah Sebak Titip Ucapan Ulang Tahun Buat Anak Lelaki

ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Salah Kita Menangis, Tapi Menangis Paling Best Bila Bangun Dan Solat Tahajjud”- Bella Astillah Syukur Puteri Sarah Selalu Beri Semangat

Dalam perkongsian sama, Bella turut menitipkan ucapan terima kasih buat peminat, rakan dan keluarga kerana sentiasa ada ketika hidupnya terpalit dengan pelbagai kontroversi.

“Sebenarnya saya buat video ni sebab nak ucapkan terima kasih banyak-banyak tak terhingga kepada rata-rata yang support, fans, terutamanya family saya yang sentiasa ada bagi semangat dan tak lupa juga yang paling penting team Kitsui yang ada di saat saya tengah down, sedih dan hadirkan diri untuk beri kekuatan.

“Saya rasa sekarang ni saya lebih positif, lebih bertenaga, lebih bersemangat, walaupun sekarang ni saya hari-hari bekerja,” jelasnya.

Meskipun reda dengan apa yang berlaku, ibu kepada dua orang cahaya mata ini berkata, setiap yang terjadi dalam kehidupan sama ada baik atau buruk masing-masing mempunyai hikmah disebaliknya.

“Sedikit perkongsian dari saya, sebenarnya apa pun yang terjadi dalam hidup kita especially orang-orang yang pernah hadir, yang ada dalam hidup kita semuanya bersebab.

“Kadang-kadang mereka hadir tu memberikan semangat, ataupun yang memberi peringatan kepada hidup kita, so macam-macam lagi. Kita hanya perlu reda dengan takdir dan belajar daripada kesilapan hidup.

“Apa-apa yang terjadi tu pasti ada hikmahnya, itu yang paling terbaik. Macam saya lalui, saya terima segalanya dengan berlapang dada. Kerana apa yang paling penting, saya masih ada kedua ibu bapa dan anak-anak dalam hidup saya. Alhamdulillah,” kongsinya.

Bella berkata demikian menerusi sebuah video berdurasi lebih satu minit yang dikongsikan di platform TikTok miliknya pada Selasa.

 

Written by: Salma


Previous post