Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Reda Jika Ditakdirkan Berpisah Dengan Datin Red, Datuk Red Anggap Tiada Harapan

today10 May 2024

Background

Bekas suami kepada penyanyi popular, Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu akur jika rumah tangganya bersama isteri pertama menerima nasib sama seperti perkahwinan keduanya.

β€œMungkin lepasni saya akan hidup single. Jika dilihat memang sudah tidak ada harapan.

β€œSelepas ini saya perlu fokus terhadap anak-anak. Apa pun, kehidupan perlu diteruskan,” katanya.

Dalam pada itu, Adnan atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk Red mengaku, hubungannya bersama Adira kekal baik walaupun mereka kini sudah berpisah.

Sekadar info, perbicaraan kes perceraian antara Datuk Red dan isteri pertamanya, DatinΒ Seri Sharifah Norshafila Hashim dijadualkan pada 14 Mei ini yang akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, Selangor.

Terdahulu, pada 24 April 2024, Datuk Red dan Adira sah bercerai dengan talak satu dihadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN:”Ada Wajah Yang Kita Tak Mahu Berpisah Tapi Terpaksa Melepaskannya” – Datuk Red

ARTIKEL BERKAITAN:Adira Suhaimi Sah Bercerai Dengan Talak Satu

ARTIKEL BERKAITAN:”Bagi Saya Peluang Untuk Berdiri Balik” – Datuk Red Mohon Dua Isteri Tarik Semula Tuntutan Cerai

ARTIKEL BERKAITAN:β€œTakut Mereka Pandang Serong Lepas Saya Dah Conteng Arang” – Datuk Red Gementar Beraya Bersama Keluarga Adira, Syukur Dapat Beri Nafkah Isteri

Sumber: mStar

Written by: Aqilah


Previous post