
GOMBAK: Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal melaungkan berakhirnya “Reformasi”, slogan yang pertama kali digunakan oleh penyokong Anwar Ibrahim dan diterima pakai oleh penyokong Pakatan Harapan (PH) bagi menuntut pembaharuan.
Sebaliknya, Wan Ahmad Fayhsal mengetuai penyokong Perikatan Nasional (PN) melaungkan “Referendum”, mencerminkan pandangan bahawa PRN di enam negeri esok turut akan menjadi undi terhadap kerajaan perpaduan pimpinan Anwar.
Wan Ahmad Fayhsal, ketika berucap pada ceramah pilihan raya PN di sini berkata, pengundi dijanjikan “reformasi kosong” oleh kerajaan perpaduan, termasuk janji yang tidak ditunaikan.
“Sejak 10 bulan lepas, mereka (PH) laung ‘reformasi’. (Tetapi) percaya lah, reformasi sudah mati. Macam mana nak hidup (reformasi) kalau orang nombor 2 ada 47 kes mahkamah?”…
