Adam Adli berkata menonjolkan ketertiban selaku seorang anggota pentadbiran kerajaan bukan bermakna cita-cita reformasi terpadam.

PETALING JAYA: Reformasi terhenti apabila aktivis mula berasa puas hati merupakan amaran Ketua Pemuda PKR Adam Adli buat diri sendiri, lebih-lebih lagi selepas merasai nikmat menjadi seorang timbalan menteri.
Beliau berkata menjayakan reformasi merupakan usaha berterusan, meskipun pendekatan yang diambil disesuaikan mengikut keadaan.
“Bahaya kalau saya cakap saya sudah berpuas hati. Ertinya setakat ini sahaja sedangkan reformasi bukan ‘perubahan kepimpinan’,” katanya dalam temubual FMT.
Adam Adli Abdul Halim berkunjung ke pejabat FMT dengan hanya seorang pembantu, dan lebih selesa berkemeja putih tanpa tali leher dan sut. Adam sedar bahawa media akan mempersoalkan ke mana perginya aktivis yang suatu masa dahulu lantang…