GEORGE TOWN: Wanita yang mendakwa dijadikan perempuan simpanan oleh sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau ‘along’ di Pulau Pinang, menerusi satu sesi audio siar di laman sosial TikTok ditemukan selamat oleh polis semalam.
Ketua Polis Pulau Pinang Hamzah Ahmad berkata sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang berjaya mengesan kedudukan wanita terbabit kira-kira 10.50 malam sebelum menjumpainya di sebuah rumah di Seberang Perai Utara.
“Hasil soal siasat mendapati wanita itu telah menghubungi program wawancara (sesi audio siar) itu pada 26 Julai lepas.
“Kejadian dia dipaksa bekerja tanpa gaji oleh along di ‘rumah merah’ adalah tidak benar dan tidak pernah berlaku. Wanita itu telah mereka cerita kejadian terbabit sekadar untuk meluahkan perasaan,” katanya dalam kenyataan hari…
Klik sini untuk baca artikel penuh.
Sumber: