
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dipercayai dikurung dan diliwat oleh seorang lelaki tidak dikenali di sebuah pangsapuri di Seksyen 32, Shah Alam, semalam.
Ketua Polis Shah Alam Ramsay Embol berkata, suspek telah dikenal pasti dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan.
Menurut beliau, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian itu selepas ibu bapa mangsa membuat laporan pada petang semalam.
Remaja terbabit didakwa dikurung dan dicabul suspek di dalam sebuah bilik tidur pangsapuri di kawasan Bukit Kemuning.
Siasatan awal mendapati suspek mengajak mangsa berbual dengan menawarkan pakej internet telefon bimbit sebelum memperdayanya untuk pergi ke pangsapuri berkenaan.
“Mangsa kemudiannya telah diikat kaki dan tangan sebelum disyaki diliwat oleh suspek,” katanya dalam kenyataan.
Ramsay berkata, mangsa berjaya melepaskan…