Seorang remaja perempuan yang sebelum ini disyaki menghadapi masalah gastrik sebenarnya sedang berbadan dua.
Sangka gastrik rupanya hamil

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Nilai iaitu Superitenden Johari Yahya memaklumkan pada awalnya remaja itu mengadu sakit perut sebelum dibawa ibunya ke klinik untuk mendapatkan rawatan.Â
Ketika itu, doktor mengesyaki ia hanyalah gastrik biasa. Namun, selepas beberapa bulan, perubahan pada tubuh remaja itu semakin jelas dan pemeriksaan lanjut mengesahkan dia mengandung.
Sebelum itu, wanita berkenaan membawa anaknya yang mengadu sakit perut ke klinik, namun ketika itu doktor mengesyakinya mengalami gastrik.
Beberapa bulan kemudian, mangsa telah buat rawatan susulan selepas perutnya dilihat makin membesar dan ibunya terkejut apabila pihak hospital mengesahkannya hamil.
Ibu mangsa kemudian tampil membuat laporan polis pada Mei lalu. Susulan laporan tersebut, polis menahan seorang lelaki warga Bangladesh…