
PETALING JAYA: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Teluk Intan atas pertuduhan membunuh rakannya di Rungkup, Bagan Datuk, dua minggu lalu.
Tertuduh tidak bersekolah didakwa membunuh P Hariaran, 21, di tepi jalan pasir di Kampung Sungai Payung Baroh, Selekoh dalam daerah Bagan Datuk antara 6 petang hingga 8.30 malam, 20 Ogos 2023.
Tertuduh mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin yang bertindak sebagai majistret.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Menurut Kosmo, lelaki itu dikenakan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan atau penjara sehingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Cheah…