Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Remaja acu pisau kepada pemandu e-panggilan ditahan polis

today28 November 2023

Background


Tangkap layar video tular menunjukkan kejadian seorang remaja mengacukan sebilah pisau terhadap pemandu e-panggilan warga emas semalam.

PETALING JAYA: Seorang remaja 13 tahun ditahan polis selepas tindakannya mengacukan sebilah pisau kepada pemandu e-panggilan warga emas di Sungai Petani semalam, tular di media sosial.

Ketua Polis Kuala Muda, Zaidy Che Hassan, berkata kejadian kira-kira 5.43 petang itu dipercayai berlaku ketika pemandu berusia 65 tahun itu mengambil remaja terbabit di Taman Keladi untuk dihantar ke Bandar Sri Astana.

Katanya, ketika dalam perjalanan, remaja terbabit meminta untuk meminjam wang sebanyak RM50 untuk membayar sewa rumah.

“Pemandu memberitahu sekiranya tidak mempunyai wang, dia terpaksa menurunkannya tetapi remaja itu enggan dan meminta pemandu bawanya ke Bandar Sri Astana untuk mengambil wang bagi membayar perkhidmatan Grab.

“Namun, sebaik tiba, dia telah minta untuk membawanya semula ke Taman Keladi. Warga emas itu terlebih dahulu meminta bayaran…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Rossi gegarkan WEC tahun depan

Paris: Legenda MotoGP Itali, Valentino Rossi, yang menukar kariernya dari dua kepada empat roda akan bersaing dalam Kejuaraan Endurance Dunia FIA (WEC) musim depan.

today28 November 2023