Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau 7 tahun

today7 July 2024

Background


Kang Khai Xing-Aaron Tai merupakan wakil tunggal negara di final Kejohanan Badminton Remaja Asia. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Kang Khai Xing-Aaron Tai, gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia, apabila tewas kepada pasangan China, Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi.

Meskipun berada di kedudukan nombor satu dunia dalam kategori remaja, Khai Xing-Aaron dikejutkan pasangan pilihan kelima itu, 13-21 dan 11-21 dalam masa 33 minit, pada perlawanan akhir di Dewan Sukan Among Rogo di Yogyakarta, Indonesia.

Ini kekalahan pertama mereka dalam tiga pertemuan menentang Ke Yuan-Xiang Yi.

Pada aksi separuh akhir semalam, Khai Xing-Aaron menewaskan Hung Ming Chen-Cheng Han Tsai dari Taiwan manakala gandingan China berkenaan menewaskan rakan senegara, Chen Jun Ting-Liu Jun Rong.

Khai Xing-Aaron merupakan wakil tunggal negara di final, manakala pemain perseorangan wanita, Siti Zulaikha Muhammad Azmi, dan beregu wanita, Ong Xin…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post