Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Remaja bebas dengan jaminan polis, siasatan kes acu pisau selesai

today29 November 2023

Background


Tangkap layar video tular menunjukkan seorang remaja mengacukan pisau ke arah pemandu e-panggilan dalam kejadian di Taman Keladi, Sungai Petani.

PETALING JAYA: Seorang remaja lelaki 13 tahun dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan kes cubaan merompak pemandu e-panggilan selesai.

Ketua Polis Kuala Muda, Zaidy Che Hassan, berkata kertas siasatan akan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

Katanya, remaja itu direman sehari bagi membantu siasatan.

“Kita membebaskannya hari ini sementara menunggu keputusan lanjut daripada pejabat timbalan pendakwa raya selepas menyiapkan kertas siasatan,” katanya menurut Sinar Harian.

Semalam, media melaporkan seorang pemandu e-panggilan terselamat selepas diacukan pisau oleh seorang penumpang dalam kejadian di Taman Keladi, Sungai Petani, Isnin lalu.

Warga emas 65 tahun itu cuba menggigit tangan dan merampas pisau daripada suspek, yang kemudian bertindak melarikan diri. Rakaman video kejadian itu tular di media…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post