

Remaja lelaki berusia 15 tahun dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan membunuh rakan sekolahnya di SMK Bandar Utama Damansara (4) tahun lalu selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati tertuduh tidak sempurna akal ketika melakukan kesalahan itu.
Hakim Adlin Abdul Majid memerintahkan remaja berkenaan ditahan dan menjalani rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, atas perkenan Sultan Selangor, lapor Berita Harian.
Prosiding kes tersebut dijalankan secara tertutup di Mahkamah Tinggi kerana tertuduh adalah remaja bawah umur.
Peguam remaja itu, Kitson Foong memberitahu wartawan selepas prosiding itu, mahkamah mendapati syarat di bawah Seksyen 84 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan pembelaan atas alasan tidak sempurna akal, berjaya dibuktikan…