
Seorang lelaki bertindak agresif dengan menampar seorang remaja 13 tahun kerana didakwa memotong barisan di sebuah premis, dalam kejadian tular di Stesen LRT Pasar Seni semalam.
Ketua Polis Dang Wangi, Sazalee Adam, berkata kejadian kira-kira 1.30 tengah hari itu itu menyebabkan pelajar tingkatan satu terbabit mengalami kecederaan di bahagian hidung.
Katanya, kejadian berlaku apabila suspek berusia 40an menuduh mangsa memotong barisan sedangkan remaja itu adalah pelanggan pertama yang datang ke kedai berkenaan.
“Suspek yang memakai baju kemeja putih telah menampar mangsa di bahagian muka.
“Mangsa telah membuat rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan disahkan mengalami kecederaan jenis soft tissue injury nasal lesion,” katanya dalam kenyataan.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta…