
Seorang remaja lelaki 17 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban atas tuduhan memandu secara bahaya hingga menyebabkan kematian tiga remaja di persimpangan lampu isyarat di Jalan Persiaran Senawang 1, 6 Mac lalu.
Remaja itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah, lapor Sinar Harian.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang memandu kereta Honda Jazz didakwa memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15, Muhammad Aswari Lotpi, 16, dan Aisar Azim Abdullah, 17.
Dia didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit salah tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000.
Klik sini untuk baca artikel penuh.
Sumber: