Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Remaja didakwa rogol wanita berusia 61 tahun

today19 June 2026

Background


Seorang remaja berusia 19 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sandakan sekali lagi atas pertuduhan rogol. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:

Seorang lelaki berusia 19 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sandakan atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia 61 tahun.

Alimanja Arioski, seorang warga asing, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Sandakan, Sabah pada 21 Mac, lapor Harian Metro.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun, dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Alimanja. Hakim Roslinda Razali menetapkan 27 Julai untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan mangsa.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Jasmin Walter, manakala Alimanja tidak diwakili peguam.

Semalam, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan lapan sebatan ke atas Alimanja, selepas mendapati dia bersalah merompak dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post