Hot FM

Remaja disyaki tikam ibu saudara direman 3 hari


handcuff
Terdahulu, media melaporkan seorang wanita cedera di bahagian perut selepas ditikam dengan pisau oleh anak saudaranya ketika berlaku pertengkaran mulut antara mereka semalam. (Gambar Freepik)

PETALING JAYA: Remaja perempuan berusia 14 tahun yang disyaki menikam ibu saudaranya dengan pisau dalam kejadian di sebuah flat di Jalan Perai Jaya, Bukit Mertajam pagi semalam, direman selama tiga hari untuk membantu siasatan.

Perintah reman sehingga Isnin itu dikeluarkan Majistret Nurul Ainna Ahmad di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata, menurut Berita Harian.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita cedera di bahagian perut selepas ditikam dengan pisau oleh anak saudaranya ketika berlaku pertengkaran mulut antara mereka semalam.

Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Helmi Aris, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 11.30 pagi, yang melibatkan mangsa…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version