
Misteri kehilangan remaja lelaki yang dalam perjalanan ke Cameron Highlands sejak awal pagi Jumaat lalu akhirnya terjawab apabila ditemukan meninggal dunia dalam semak, di tepi jalan Kampung Bukit Jeruk, di Kampung Beting Lintang, Jertih.
Ketua Polis Besut Rozaime Ab Rahim, berkata penemuan mayat seorang lelaki bersama sebuah motosikal di lokasi terbabit oleh orang awam pada 6.40 petang tadi.
“Setakat ini polis percaya mayat yang ditemui itu adalah Ahmad Azreeq Zafreen Ahmad Azhar, 19, yang dilaporkan hilang sejak awal pagi Jumaat lepas oleh keluarganya.
“Mangsa dipercayai telah meninggal dunia pada malam dia tidak dapat dihubungi pada awal pagi Jumaat selepas motosikal Yamaha R15 yang ditunggangnya dipercayai terbabas,” katanya kepada Bernama.
Rozaime berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk pengecaman waris dan…