
PETALING JAYA: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dilaporkan hilang sejak semalam selepas keluar meninggalkan rumah inap desa (homestay) yang disewa keluarganya di Taman Salak Maju, Sepang.
Ketua Polis Daerah Sepang Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, abang remaja itu membuat laporan polis selepas menyedari adiknya bernama Salsabila Putri Md Nasir didapati tiada di inap desa itu kira-kira pukul 2.30 pagi semalam.
“Siasatan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh dari lokasi kejadian menunjukkan Salsabila keluar meninggalkan rumah itu dengan berpakaian serba hitam dan dilihat menaiki sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki yang tidak dikenali.
“Abangnya juga cuba menghubungi telefon bimbit Salsabila beberapa kali namun tidak berjaya,” katanya dalam satu…