Hot FM

Remaja lelaki ditahan selepas mayat separuh bogel ditemui dalam longkang



Polis berkata, suspek direman tujuh hari susulan penemuan mayat seorang remaja perempuan dalam keadaan separuh bogel, dengan leher dijerut dan tangan diikat.

PETALING JAYA: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan penemuan satu mayat dalam keadaan separuh bogel dekat sebuah ladang kelapa sawit di Brantian, Tawau pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Jasmin Hussin berkata, mayat itu ditemui orang awam dalam longkang, dengan leher dijerut dan tangan mangsa diikat.

Katanya, laporan penemuan mayat remaja perempuan berusia 15 tahun yang disyaki dibunuh itu diterima daripada pengurus ladang terbabit pada 2.45 petang.

“Terdapat juga beberapa kecederaan pada tubuh mangsa, iaitu koyakan pada bahagian kepala sebelah kiri, dipercayai disebabkan objek keras, selain tangan dan leher diikat menggunakan pita pelekat berwarna hitam.

“Mayat itu kemudiannya dibawa ke Hospital Tawau untuk bedah siasat dan polis…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version