Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Remaja maut motosikal langgar kenderaan polis

today11 April 2024

Background


Sekumpulan penunggang motosikal cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis, tetapi mangsa dari arah bertentangan merempuh pacuan empat roda polis yang sedang membelok.

ALOR GAJAH: Seorang penunggang motosikal meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka selepas dipercayai merempuh kenderaan polis yang sedang menjalankan rondaan Op Cegah Lumba Haram di Jalan Gangsa-Kesang, Durian Tunggal, di sini, pada 1 Syawal.

Ketua Polis Melaka, Zainol Samah berkata, Mohammad Khairul Basahri, 18, yang menunggang Yamaha 135 LC meninggal dunia akibat kecederaan dalaman, selain patah kaki dan paha dalam kejadian 2.56 pagi Rabu.

“Polis Melaka mengesan video 40 saat yang tular di media sosial memaparkan kemalangan itu melibatkan pacuan empat roda polis dengan sebuah motosikal ditunggang mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Sebelum kejadian, kenderaan polis dipandu anggota 37 tahun dari Balai Polis Durian Tunggal ke lokasi terlibat susulan aduan awam berkaitan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post