
PETALING JAYA: Polis menahan seorang remaja yang disyaki menyamar sebagai kakitangan di Hospital Serdang, baru-baru ini.
Ketua Polis Sepang Wan Kamarul Wan Azran mengesahkan polis menerima laporan polis berhubung kejadian itu sebelum suspek berusia 14 tahun itu ditahan di Balai Polis Datuk Abdul Razak Baginda.
“Kami ada terima laporan, kejadian baru lagi dan suspek menyamar sebagai staf hospital bukan sebagai doktor,” katanya ketika dihubungi, menurut Harian Metro.
Namun, tiada maklumat lanjut berhubung identiti dan motif suspek melakukan perbuatan itu.
Terdahulu, tular satu mesej di media sosial berhubung kejadian seorang remaja menyamar sebagai doktor selama dua bulan tanpa disedari sesiapa.