Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Remaja serang guru guna kapak di Kuching bukan pelajar aktif

today21 October 2026

Background


Sekolah Antarabangsa Tunku Putra-HELP berkata pelajar itu kini dalam tahanan polis susulan serangan pagi tadi. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:

Remaja dipercayai menyerang seorang guru menggunakan kapak di Sekolah Antarabangsa Tunku Putra-HELP (TPH) hari ini bukannya pelajar aktif institusi itu.

TPH berkata, pelajar itu kini dalam tahanan polis susulan serangan pagi tadi.

“Kes tersebut masih dalam siasatan polis dan pihak sekolah akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa berkaitan,” katanya menurut Sinar Harian.

Terdahulu, polis mengesahkan menerima panggilan kecemasan pada 8.03 pagi berhubung seorang remaja lelaki 16 tahun yang dilaporkan membawa mercun dan mencederakan seorang guru wanita menggunakan kapak di sebuah sekolah swasta di Kuching.

TPH berkata, guru wanita itu tidak mengalami kecederaan kritikal dan kini dalam keadaan stabil serta semakin pulih selepas mendapatkan rawatan di hospital.

“TPH amat menghargai keberanian serta ketenangan yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post