“Memang ada yang bertanya tips macam mana saya belajar bahasa Mandarin, dan Prinsip Perakaunan, malah ada pelajar Tingkatan Tiga yang ingin tahu macam mana pilih aliran ke Tingkatan Empat.
“Jadi, saya kongsi mana yang termampu kerana nak orang lain pun berjaya,” katanya lagi.
Terdahulu, Ahmad Khidir membuktikan kemampuan dirinya selepas menerima lima anugerah dalam majlis graduasi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Heng Ee, Sabtu lalu.
Dia membawa pulang Anugerah Tokoh Pelajar, Timbalan Ketua Pengawas, tempat pertama dalam kelas, tempat pertama dalam tingkatan aliran sastera serta markah tertinggi Bahasa Melayu dan juga Pendidikan Islam.