Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Remaja Thailand ditahan bersama lebih 10kg ganja di Kelantan

today4 February 2023

Background



Polis berkata kesemua suspek berusia antara 16 hingga 65 tahun yang ditahan terlibat dalam pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Akta Racun 1952. (Gambar AFP)

KOTA BHARU: Polis Kelantan menahan 233 individu termasuk dua wanita sepanjang tiga hari Operasi Tapis Bersepadu di sekitar Rantau Panjang dan Pasir Mas, dekat sini, bermula Rabu hingga semalam.

Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun berkata kesemua suspek berusia antara 16 hingga 65 tahun yang ditahan itu, terlibat dalam pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Akta Racun 1952.

Beliau berkata sepanjang tiga hari operasi tersebut, polis turut berjaya membuat dua tangkapan membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kes pertama melibatkan tangkapan dua lelaki warga tempatan berumur 18 tahun di tepi jalan hadapan Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi bersama 4,000 biji dadah jenis pil yaba.

“Polis turut berjaya menangkap…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post