Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Reman pelajar disyaki pijak al-Quran disambung 3 hari

today28 February 2026

Background


Ashari Abu Samah
Ketua Polis Kuantan Ashari Abu Samah berkata lanjutan reman lelaki 21 tahun itu susulan arahan timbalan pendakwa raya supaya beberapa tindakan lagi diambil untuk melengkapkan siasatan. (Gambar Facebook)
KUANTAN:

Reman seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang disyaki memuat naik dan menyebarkan kandungan menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) menerusi media sosial disambung tiga hari lagi.

Ketua Polis Kuantan, Ashari Abu Samah, berkata tempoh reman lelaki 21 tahun itu yang tamat hari ini disambung hingga 3 Mac ini susulan arahan timbalan pendakwa raya (TPR) supaya beberapa tindakan lagi diambil untuk melengkapkan siasatan.

“Polis turut merampas senaskah al-Quran yang dipercayai digunakan pelajar itu,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman dilaporkan berkata, pihaknya telah merujuk kertas siasatan kes itu kepada TPR.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Ragbi 7s tekad tebus kecewa di halaman sendiri

Kuala Lumpur: Kesatuan Ragbi Malaysia (MR) tidak mahu peristiwa di Sukan Sea Thailand hujung tahun lalu berulang dan mereka kini ingin kembali bangkit untuk muncul juara pada Sukan Sea 2027 yang akan berlangsung di halaman sendiri.

today28 February 2026