Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Reman suspek kes letupan di Nilai disambung seminggu

today3 January 2026

Background


ALZAFNY AHMAD
Ketua Polis Negeri Sembilan Alzafny Ahmad berkata majistret mengeluarkan perintah reman itu di Hospital Tuanku Ja’afar selepas tempoh reman lelaki 62 tahun itu berakhir hari ini. (Gambar Bernama)
SEREMBAN:

Reman lelaki disyaki terbabit kes letupan menggunakan bahan letupan buatan sendiri atau improvised explosive device (IED) di Desa Palma, Nilai disambung tujuh hari mulai esok.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad, berkata perintah reman terhadap lelaki 62 tahun itu dikeluarkan Majistret Sara Afiqah Zulkipli di Hospital Tuanku Ja’afar di sini selepas tempoh reman berakhir hari ini.

“Ia bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 307 dan 435 Kanun Keseksaan serta Seksyen 4 Akta Bahan Kakisan Letupan Senjata Berjadual,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Alzafny dilaporkan berkata, suspek kes letupan pada pagi 22 Dis lalu ditahan di sekitar Batang Benar, Nilai pada 4.15 petang 27 Dis lalu dengan kesan melecur pada muka, badan, tangan dan kaki.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post