Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Remy Ishak Tak Pernah Bermimpi Dapat Gelaran Datuk

today26 August 2024

Background

Pelakon Remy Ishak atau nama sebenarnya Mohamad Zalimei Ishak menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, pada Ahad.

Memetik laporan Harian Metro, aktor popular itu tidak pernah menyangka akan mendapat gelaran tersebut setelah hampir 20 tahun bergelar anak seni.

Malah, dia yang meluahkan rasa syukur menganggap anugerah yang diterimanya ini sebagai anugerah yang sangat bermakna.

“Memang tak pernah bermimpikan pun sebenarnya (untuk menerima gelaran Datuk)… mencari gelaran itu tidak, tapi diberikan hadiah kepada saya.

“Ia memberi satu suntikan semangat kepada saya untuk lebih berjaya pada masa akan datang sekali gus memberi galakan kepada anak-anak muda di negeri ini untuk mengejar cita-cita mereka,” katanya.

Selain Remy, pelakon Ashraf Muslim juga antara yang dipilih menerima Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T) yang turut membawa gelaran Datuk.

Kata Ashraf, menerima B.K.T merupakan satu ganjaran besar buat dirinya semenjak menceburkan diri dalam dunia seni kira-kira 20 tahun dahulu.

“Ia boleh juga menjadi pemangkin kepada artis-artis di luar sana untuk lebih aktif bagi mendapat pengiktirafan sebegini rupa,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Written by: Salma


Previous post

Sukan

TFC harap Bonilla suntik aura positif

Kuala Terengganu: Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner meletakkan harapan tinggi agar penyerang baharunya, Nelson Bonilla mampu memberikan aura positif buat skuad Penyu.

today26 August 2024